Tuesday, September 9, 2008

Laksam


BAHAN-BAHAN:
150 gm laksam
1 kg ikan kembung | kisar isinya
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
750 ml santan
3 keping asam keping
1/2 sudu teh lada hitam
20 gm tauge
2 batang kacang panjang
50 gm kubis bulat
1 tangkai daun kesom
1.5 liter air
Garam dan bahan perasa secukupnya

BAHAN SAMBAL:
10 biji cili merah
20 gm belacan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAKNYA:
1. Masak isi ikan kembung bersama bahan kisar lain di dalam periuk.
2. Masukkan santan dan air mengikut kepekatan isi ikan.
3. Perasakan dengan garam, gula, asam keping dan bahan perasa lain secukup rasa.
4. Masukkan daun dan biarkan hingga mendidih.
5. Hidangkan laksam bersama hirisan kacang panjang, tauge, hirisan kubis bulat dan juga
sambalnya.

Monday, September 8, 2008

Mee Kari


BAHAN-BAHAN:
1 peket mi kuning, 1.25 liter rebusan ayam, 1 kg santan, 250 gm rempah kari daging
50 gm daun kari
100 gm pati ayam
100 gm tauge
5 tangkai sawi
2 batang daun bawang
50 gm bawang goreng
200 gm isi ayam | dicarik
200 gm kerang
20 ekor udang
3 biji telur
3 biji bebola ikan
2 batang kacang panjang | direbus dan
dihiris nipis
Garam dan bahan perasa secukupnya

BAHAN KISAR:
10 biji cili merah
100 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
50 gm halia
50 gm lengkuas
3 batang serai
100 gm buah keras
100 gm udang kering

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari dan rempah kari hingga garing.
2. Masukkan air rebusan, santan, garam, bahan perasa serta pati ayam.
3. Kacau rata dan biarkan hingga kuah mendidih dan menjadi pekat.
4. Hidangkan mi bersama tauge, sawi, daun bawang, bawang goreng, isi ayam, kerang, udang dan juga telur rebus.

Sunday, September 7, 2008

NASI JAGUNG SESUCI LEBARAN


BAHAN-BAHAN:
960 gm beras basmathi | cuci dan rendam
20 minit, toskan
1 liter air
125 gm marjerin
125 ml susu cair
120 gm jagung rebus | diambil isinya
1 ketul kiub ayam
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 cm halia | dihiris
2 biji tomato | dicincang
3 sudu makan tomato puri
½ sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh garam
Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga
lawang dan buah pelaga secukupnya
2 helai daun pandan | disimpul
1 sudu makan rempah beriyani

HIASAN:
Bawang goreng, isi jagung rebus, kacang pis

CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan marjerin di dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan daun pandan hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dimayang, tomato cincang, tomato puri, lada sulah, rempah beriyani dan kiub ayam. Kacau rata.
3. Masukkan air, susu cair dan garam. Masak sehingga mendidih.
4. Selepas itu masukkan beras dan jagung. Kacau rata dan masak seperti biasa.
5. Bila sudah masak, hidang dengan menaburkan bahan hiasan di atasnya.

Friday, September 5, 2008

Puding Roti (Bread Pudding)


KADANGKALA, kita dapati ada beberapa keping roti yang sudah menghampiri tamat tempoh. Ini bermakna, roti itu tidak begitu lembut lagi. Ada beberapa cadangan untuk menghabiskan roti tersebut.

Jika anda ingin membuat serbuk roti, keluarkan roti tersebut dari plastiknya. Kemudian letak di atas rak peti sejuk selama tiga hari. Kisar hingga halus untuk mendapatkan serbuk roti buatan sendiri. Simpan di dalam bekas bertutup yang diletak di dalam peti sejuk. Ini sangat menjimatkan.

Roti yang sudah beberapa hari tidak habis amat sesuai dibuat croutons. Caranya, potong ia menjadi kiub kecil. Kemudian goreng dalam minyak sederhana panas hingga keemasan. Croutons memang sedap bila dimakan dengan sup cendawan dan sup berempah yang lain.

Selain itu, roti yang 'tidak lagi baru' boleh dibuat puding. Bahan-bahan untuk puding roti agak ringkas. Selain susu cair, anda boleh gunakan susu segar. Jika anda inginkan puding yang lebih lemak, gunakan separuh sukatan krim putar dan separuh susu segar atau susu cair.

Seandainya tiada susu, anda boleh gantikan dengan susu pekat. Namun begitu, hendaklah dilarutkan terlebih dahulu dengan air. Sukatan gula juga mestilah dikurangkan kerana susu pekat sudah sedia manis.

Untuk warna puding yang lebih gelap, boleh gantikan gula kastor dengan gula perang atau gula demerara. Gula perang lebih menyihatkan kerana tidak mengandungi bahan kimia. Ia juga membuat puding rasa seperti berkaramel.

Dalam sebarang jenis kek atau biskut serta puding, esen vanila hendaklah dicampurkan pada saat akhir. Ini supaya keharumannya kekal bila dibakar atau dikukus. Sesetengah orang suka mencampurkan sedikit serbuk kayu manis ke dalam puding. Ini mampu menjadikan ia lebih wangi.

Puding roti menggunakan resipi yang sama. Ia boleh dibakar atau dikukus. Puding yang dikukus lebih lembut dan lembap berbanding yang dibakar. Kadangkala ia tidak boleh dipotong dengan sempurna. Anda harus menyudukan ke dalam pinggan sebanyak mana yang anda ingini.

Campurkan kismis atau buah-buahan kering yang lain ke dalam puding untuk menambahkan kelazatannya. Dengan cara itu juga, warnanya akan bertambah menarik. Ini pasti akan menaikkan selera sesiapa sahaja yang anda jamu.

Roti yang sudah ada campuran buah-buahan di dalamnya juga sesuai dibuat puding. Hanya pastikan bahagian berbuah itu diratakan sempurna supaya ia tidak terkumpul di satu bahagian sahaja. Taburkan ceri merah dan hijau di atasnya agar lebih berseri.

Untuk menambah serat atau fiber ke dalam diet harian, gunakan roti wholemeal atau gandum tulen. Walaupun teksturnya lebih keras, ia lebih berkhasiat. Bagi yang inginkan kelainan, boleh juga menambah badam panggang yang dicincang halus.

Jika anda menambah cecair atau susu dan air, anda akan mendapati puding yang telah siap agak lembut. Ia lebih sesuai jika diletak di dalam bekas-bekas kecil dan disajikan setiap satu bekas untuk seorang tetamu.

Sos sangat penting bila memakan puding roti. Membuat sos kastard memerlukan ketelitian dan kesabaran. Apinya harus perlahan dan dikacau selalu kerana mudah hangus. Jika sos berbau hangus, ia tidak enak lagi dan mungkin pula rasanya menjadi pahit.

Puding roti sangat mudah dibuat. Jadi, jika ada lebihan roti, anda tidak lagi ketandusan idea untuk menghabiskannya. Ia juga sangat ringkas dan masak dengan cepat. Sesuai dijamu untuk tetamu yang tiba-tiba muncul di muka pintu. Ia pasti menjadi kegemaran kanak-kanak dan orang-orang tua yang gemarkan makanan pencuci mulut yang lembut.

Monday, September 1, 2008

SERUNDING KEMBUNG


BAHAN-BAHAN:
500 gm ikan kembung | rebus, asingkan
tulang dan kisar isinya
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
60 gm halia
60 gm lengkuas
3 batang serai
50 gm cili kering
2 sudu makan minyak masak
500 ml santan
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai sehingga berbau harum.
2. Kemudian masukkan cili kering. Kacau sehingga rata dan pecah minyak.
3. Selepas itu masukkan santan. Kacau dan tunggu sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan ikan kembung, serbuk perasa, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata selama 45 minit dan sehingga kering.